fbpx Skip to main content

Ramai yang beranggapan sakit tapak kaki hanyalah sakit urat biasa atau sakit lenguh yang disebabkan kegiatan harian seperti berjalan terlalu lama.

Meskipun begitu, mengabaikan sakit kaki boleh mengakibatkan ia jadi semakin kronik. Seterusnya akan memberikan impak negatif pada kehidupan harian pesakit tu sendiri.

Rawatan sakit tapak kaki

Pemilihan rawatan bergantung pada diagnosis. Setiap punca sakit berbeza rawatannya. Dan kebanyakan masalah sakit tapak kaki boleh sembuh dengan rawatan selain pembedahan (non-surgical treatments) seperti;

  1. Fisioterapi
  2. RICE (rest, ice, compression, elevation) untuk kurangkan keradangan sendi
  3. Mengawal faktor risiko seperti pemakaian kasut yang betul, penjagaan berat badan dan sebagainya.

Fokus rawatan dan terapi adalah untuk;

  1. kurangkan rasa sakit dan radang
  2. tingkatkan pergerakan fizikal tapak kaki
  3. kurangkan tekanan dan ketegangan pada tapak kaki

Rawatan fisioterapi untuk sakit tapak kaki

  • Ais atau rawatan haba

  • Elektroterapi (seperti Ultra Sound)

  • Senaman untuk meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti (terutamanya otot-otot betis)

  • Urutan tisu lembut

  • Mobilisasi pada sendi otot

  • Taping (plaster)

  • Pendidikan (kasut yang bersesuaian dan pengubahsuaian aktiviti harian)

Selain fisioterapi, anda juga boleh amalkan senaman yang boleh melegakan sakit tapak kaki.

 

Senaman untuk sakit tapak kaki

Regangan otot betis

fisioterapi-sakit-tapak-kaki

  1. Duduk atas lantai dengan melunjurkan kedua-dua kaki anda.
  2. Gunakan tuala atau tali yang sesuai. Lilit di bawah tapak kaki seperti dalam gambar diatas.
  3. Dengan perlahan tarik jari kaki dan tapak kaki anda ke arah anda sehingga anda berasa regangan di belakang betis dan tapak kaki.
  4. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  5. Ulang latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana tanpa sakit.

 

senaman-sakit-tapak-kaki

  1. Letakkan tangan anda di dinding seperti dalam gambar diatas sambil meletakkan satu kaki di hadapan yang lain.
  2. Alihkan berat badan anda ke kaki hadapan dan bengkok pada lutut, pastikan kaki belakang lurus dan kedua-dua tumit di atas lantai.
  3. Menggunakan sokongan pada dinding, alihkan berat badan ke depan dan rasa regangan sepanjang betis.
  4. Tahan regangan ini pada setiap kaki tidak kurang daripada 30 saat. Ulangi 5 kali pada setiap kaki.
  5. Kembali ke kedudukan semula dan ulangi dengan kaki yang sebelah lagi.

 

senaman-sakit-tapak-kaki

  1. Berdiri di atas tangga.
  2. Secara beransur-ansur turunkan tumit ke bawah sehingga anda rasa regangan yang selesa pada betis anda.
  3. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  4. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

 

Regangan pada tapak kaki

regangan-sakit-tapak-kaki

  1. Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain.
  2. Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa.
  3. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  4. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

 

Rawatan perubatan

Berikut pula merupakan rawatan perubatan yang ada untuk sakit tapak kaki;

  • Ubat-ubatan: ubat tahan sakit, anti radang.
  • Injeksi atau suntikan ubat: steroid, prolozone, PRP.
  • Pembedahan (jika betul-betul perlu).

 

Sumber:

  1. www.myhealth.gov.my