Tahukah Anda?
Pembedahan boleh disifatkan sebagai tindakan manusia keatas manusia yang lain. Ia dianggap sebagai seni, bekerja dengan gabungan benda hidup dan sains, di mana pengetahuan dikuasai oleh kekuatan tindakan.
Penyair Perancis Paul Valery menyatakan dalam karangan ‘Address to the College of Surgeons in 1938’, “Sains di serata dunia tidak mampu melahirkan pakar bedah yang berjaya”


Pertimbangan Estetik
Kami percaya bahawa mana-mana pembedahan tidak kira kecil atau besar patut dirawat dengan mengambil kira sudut estetik.
Doktor bedah kami mempunyai kemahiran yang meluas dalam pembedahan kecil dan besar seperti laparotomy, appendicectomy, hernia repair, excision biopsy, pembuangan ketumbuhan, rawatan buasir dan banyak lagi.
Contoh Pembedahan Kecil Yang Boleh Dilakukan Adalah

Antara Pembedahan Kecil
⦁ Ketumbuhan atau benjolan di mana-mana bahagian badan
⦁ Cagu atau kuku cengkam
⦁ Buasir
⦁ Lipoma, sebaceous cyst, papilloma
⦁ Keloid
⦁ Gynecomastia tahap 1 atau 2
⦁ Bisul

Gluestitch
Ya! Atas sebab kosmetik, kami juga ada alatan seperti ‘gluestitch’ untuk menutup luka pembedahan pada muka. Manakala pada bahagian badan yang lain, doktor kami akan menjahit menggunakan jahitan dibawah kulit supaya tiada benang jahitan yang terlihat lalu mengurangkan kesan parut.

Rujuk Dengan Doktor
Sila rujuk dengan doktor kami untuk pemeriksaan atau dapatkan Tarikh untuk pembedahan.
Apa Kata Mereka?
