Sakit Siku

"Sakit betul siku...nak tongkat siku pun tak boleh."

"Siku tak boleh lurus la, kalau lurus mesti sakit."

"Kebas semacam je siku aku sekarang ni."

"Siku aku tiba tiba je bengkak, sakit pulak tu."

Sakit Pada Struktur Siku

Sakit pada siku berpunca pada struktur dibahagian siku itu sendiri sama ada, ligament, tisu rawan, tulang, tendon atau otot disekelilingnya.

Punca Sakit Siku

Sakit siku boleh berpunca dari kecederaan yang berlaku pada siku, masalah mekanikal dan beberapa jenis masalah keradangan sendi.

Berikut Adalah Antara Contoh Punca Sakit Pada Lutut Yang Biasa Terjadi.

Tennis Elbow Dan Golfers' Elbow

Tennis elbow atau golfer's elbow adalah berpunca daripada pergerakan siku yang berulang ulang. pergerakan tersebut akan menyebabkan berlaku keradangan otot dan koyak kecil (microtears) berlaku pada otot otot anda. Sakit ini banyak terdapat pada pemain golf dan pemain tenis, namun tidak bermakna ia tidak boleh terjadi kepada anda.

Olecranon Bursitis

Kalau siku anda bengkak dan merah, anda mungkin mengalami masalah ini. Olecranon bursitis ialah masalah di mana berlaku keradangan pada kawasan olecranon bursa (kusyen di antara tulang dan otot). Amat biasa berlaku pada pesakit yang selalu menggunakan siku atau selalu menongkat siku.

Triceps Tendinitis

triceps tendinitis merupakan keradangan yang berlaku pada otot triceps yang bersambung pada tulang siku anda. Masalah ini amat biasa terjadi pada ahli bina badan, ahli gym dan kontraktor binaan.

Jadi, Apa Nak Buat?

Apa pilihan untuk rawatan terbaik sakit siku?

Ice & Ubatan

Pengunaan Ice (ais) COMPRESS (mampatan) dan ubat tahan sakit.

Fisioterapi

Fisioterapi dapat membantu untuk membetulkan struktur lantas mengurangkan sakit siku. Akan tetapi, solusi yang terbaik adalah untuk merawat punca sakit siku tersebut.

Rehat

Biasanya sakit dapat dirawat dengan rehat yang cukup.

Jika sakit tidak berkurang, anda perlu rujuk doktor di klinik kami untuk mendapatkan pilihan rawatan yang diperlukan.

Jom datang berjumpa doktor kami untuk kenalpasti sakit yang dihadapi dan kaedah rawatan yang paling sesuai untuk anda.