Ketahui Cara Sunat Bayi Lelaki Yang Tidak Sakit

"Berkhatan sakit ke?"

"Bersunat atau berkhatan secara laser bagus ke?"

"Macam mana cara jaga anak saya selepas berkhatan atau bersunat?"

cara-sunat-bayi-lelaki
sunat-bayi-lelaki

Sunat Atau Berkhatan

Bersunat atau berkhatan dalam Islam adalah wajib. Berkhatan adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Abu Huratrah daripada Nabi SAW bersabda: "Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku." (Sahih Al-Bukhari).

Disebabkan hadis ini, Mazhab Shafie menegaskan bahawa amalan berkhatan adalah wajib bagi kaum lelaki dan wanita.

Terdapat beberapa sebab mengapa lelaki boleh memilih prosedur berkhatan orang dewasa. Ada yang memerlukan sunat sebagai penawar untuk keadaan seperti phimosis (kulup yang terlalu ketat) sementara yang lain memilih berkhatan untuk alasan kosmetik dan peribadi.

Beza Cara Sunat Bayi Lelaki Dengan Dewasa Lelaki

Kami juga sering ditanya; "Adakah saya terlalu tua untuk disunat?" "Adakah bayi saya terlalu muda untuk berkhatan" dan jawapannya hampir selalu "tidak".

Lelaki dan remaja dari semua peringkat umur dan bayi boleh menjalani pembedahan di klinik kami. Julat umur yang paling biasa untuk berkhatan dewasa adalah 20 - 40 tahun, dan untuk bayi seawal usia 7 hari.

cara-sunat

SOALAN LAZIM

Kenapa harus berkhatan?

Sebab yang paling biasa untuk melakukan khatan adalah tujuan keagamaan dan budaya. Selain itu factor kosmetik,Penyakit Phimosis (kulup ketat), Paraphimosis (Keadaan kulup yang dibuka tidak dapat ditutup Kembali) Balanitis dan balanoposthitis (Jangkitan Kulup dan kepala zakar), Penyakit kulup zakar, termasuk barah (cancer)

Adakah anda menggunakan laser dalam melakukan sunat?

Ya, laser adalah istilah lain untuk kautheri bipolar / monopolar. Penggunaan laser akan menyebabkan pendarahan lebih sedikit berbanding dengan menggunakan gunting atau pisau bedah. teknik laser juga terbukti dapat mengurangkan komplikasi seperti pendarahan.

Adakah akan sakit? Adakah saya akan dipengsankan untuk prosedur ini?

Tidak. Sebaliknya suntikan bius setempat akan dilakukan di pangkal zakar menggunakan ubat bius setempat Lidocaine. Pesakit biasanya hanya merasakan sakit Ketika disuntik jarum bius yang sebentar sahaja dan kemudian tiada lagi rasa tidak selesa atau sakit pada zakar. Mengikut pengalaman pesakit kami sebelum ini , kesakitan bukanlah masalah utama .

Saya takut sakit dan jarum. Saya tak nak dicucuk jarum bius tapi tak nak lah sampai kena guna Bius Pengsan (General Anaesthesia). Bagaimana?

Jangan risau, kita ada Teknologi BIUS TANPA JARUM !! ia adalah teknologi / mesin perubatan terkini untuk memberikan bius setempat TANPA menggunakan JARUM. iya. anda telah mendengarnya dengan betul.

Kami bangga menjadi yang pertama di Malaysia yang menggunakan teknik / mesin ini kepada pelanggan kami. Mesin ini akan “menyuntikkan” anestesia tempatan menggunakan tekanan pantas tanpa jarum. tidak menyakitkan! Jauh beza dengan cucukan bius setempat. Namun caj lebih akan dikenakan.

Berapakah masa pemulihan untuk kanak-kanak / orang dewasa selepas berkhatan?

Selalunya selepas 1 minggu, luka mula kering dan pesakit boleh memakai seluar . Ia sangat bergantung pada penyembuhan luka, jika tiada infection dan luka dijaga rapi , 4-5 hari luka dah kering dan boleh memakai seluar seperti biasa. Luka akan sembuh sepenuhnya dalam 1 bulan atau kurang bergantung pada luka dan penyembuhan.

Apakah beza khatan orang dewasa dan khatan bayi?

Sunat bayi dilakukan dengan menggunakan satu alat yang berupa gelung yang menghilangkan kulup berlebihan, menghentikan pendarahan serta urat dengan ikatan rapi dan mengikat tepi kulit tanpa memerlukan jahitan. Ia dipanggil sebagai teknik PlastiBell yang diperkenalkan pada tahun 1950.Alat berupa gelung ini akan dipasang dan diikat pada kemaluan bayi dan akan tertangal dalam masa 2-7 hari.

Gelung ini sangat sesuai untuk bayi kerana bayi tidak mempunyai ereksi yang kuat tidak seperti orang dewasa, selepas tercabut gelung, kulit akan terus tercantum dan kelihatan cantik. Namun berbeza dengan orang dewasa yang memerlukan jahitan yang rapi untuk memastikan luka ditutup kulit walaupun Ketika ereksi.

Sunat neonatal dilakukan dengan bius setempat yang minimum berbanding dengan orang dewasa kerana deria rasa sakit pada bayi belum berkembang dengan baik. Berkhatan orang dewasa adalah prosedur yang lebih panjang dan memerlukan potongan dan jahitan lebih terperinci. Ramai pakar urologi melakukan sunat pada orang dewasa dengan Bius penuh (pengsan). Ini adalah prosedur yang lebih rumit dan mahal daripada bius setempat.

Namun kami melakukan hampir semua prosedur untuk pesakit kami menggunakan bius setempat. Ini melibatkan satu siri suntikan di sekitar pangkal keliling zakar dengan ubat biusli. Setelah ubat bius disuntik, kami biarkan lima hingga sepuluh minit untuk ubat bius berkesan dan kemudian memeriksa deria sakit pesakit untuk memastikan bahawa pesakit tidak dapat merasakan kesakitan.

Sunat orang dewasa harus dibuat untuk menampung dimensi zakar yang menegang. Oleh itu , potongan akan mengambil kira keadaan zakar yang tegang untuk mengelakkan kesakitan Ketika ereksi. Jahitan juga akan dibuat disekeliling zakar dengan kemas

Saya Dari luar negara dan akan ke Kuala Lumpur untuk prosedur khatan ini. Berapa lama saya perlu menginap dan adakah anda boleh suggest hotel yang sesuai?

Kalau boleh, semua pesakit kami, kami galakkan tinggal di Kuala Lumpur selama beberapa minggu untuk membolehkan penyembuhan luka sepenuhnya. Ini tidak praktikal bagi kebanyakan orang. Sebilangan besar pesakit kami terbang pulang ke negara asal dari Kuala Lumpur dalam masa 48 jam dari prosedur dan tidak menghadapi masalah.

Apa Kata Mereka?

“Khidmat terbaik. Doc terang dengan jelas proses anak berkhatan. Rekomen kaedah stapler. Anak stabil semasa khatan, ditenteram doc dan nurse. 5 ⭐”

Ammar ShahFrom Facebook Reviews
klinik-sunat-bayi-lelaki

“Alhamdulillah selesai sunat Baby Zubayr. Bagus Doktornya cekap dan tenang juga peramah & sempoi sepanjang proses khatan. Sesiapa nak khatankan anak ketika masih bayi boleh try sini”

Abu TalhahFrom Facebook Reviews
klinik-sunat-bayi-lelaki
Hafis JamalulailFrom Google Reviews

Doktor & nurse yg peramah. Doc beri penerangan yg detail sebelum rawatan brkhatan.

Aeen AyibFrom Google Reviews

Staff friendly and doktor yang very knowledgable and sangat banyak membantu dalam segi memberi explanation terhadap baby boy sunat di klinik amal medik setiawangsa. Great work team!

Afiq FauziFrom Google Reviews

Great experience. My son was 4 months old and he 'berkhatan' here by plastibell method. The 'berkhatan' went well and the doctor was so friendly and competent in this area. Credit to doctor saifulhaziq. Thanks a lot doctor.

Bala KrishnanFrom Google Reviews

Dr. Saiful found to be very efficient. Quick painless and very hygenic and very clean. All staffs are very are very curteous. Would readily recommend to anybody. The circumcision was clean cut with laser technology and stitch.

Jom buat temujanji bersama doktor kami dan legakan kesakitan anda