Kaedah MICROSUCTION Earwax Cleaning ni tak sakit pun. Doktor juga akan menunjukkan video live keadaan dalam telinga kepada anda sebelum dan selepas dicuci. Memang puas hati!
Adakah Anda Mempunyai Simptom-Simptom Berikut:
"Telinga berdengung atau tersumbat macam masuk air?"
"Rasa bergema/berdengung bila berbicara?"
"Sakit dalam telinga hingga sakit kepala?"
"Rasa telinga tersumbat lepas korek, terutama apabila guna cottonbud?"
"Adakalanya boleh rasa bunyi berdesing dalam telinga?"
Mesti Anda Rasa Nak Jumpa Doktor Dan Buat Pemeriksaan Telinga Kan?
Sebenarnya ada banyak punca-punca kepada masalah-masalah di atas, tapi kebanyakkannya berpunca daripada telinga tersumbat sama ada sebab tahi telinga ataupun benda asing/foreign body.
Berita Baik!
Kami menggunakan kaedah terbaik untuk anda kerana kami di Poliklinik Amalmedik ada cara untuk hilangkan tahi telinga yang tersumbat.
Lebih Mudah Dengan Ear Wax Microsuction
Video Live Examination
Kami menawarkan perkhidmatan pemeriksaan telinga secara video live dan rawatan cuci telinga menggunakan kaedah MICROSUCTION!
Efektif Dan Tak Sakit
MICROSUCTION adalah alat seperti rod kecil yang disambungkan pada penyedut khas bertujuan untuk mengeluarkan tahi telinga atau benda asing dalam telinga anda. Kaedah ini sangat efektif dan pesakit juga rasa selesa semasa prosedur.
Earwax Cleaning
Bayangkan kalaulah tahi telinga tersumbat teruk dan dekat dengan gegendang/eardrum, mesti susahkan nak keluarkan? Tapi dengan MICROSUCTION masalah ini jadi mudah dan cepat untuk diselesaikan.
SOALAN LAZIM
Lama ke prosedur ni?
Sekejap je dalam 10 ke 15 minit sahaja. Dengan syarat tahi telinga anda tidaklah terlampau keras. Sekiranya doktor mendapati tahi telinga yang tersumbat itu terlalu keras, kebiasaannya pesakit akan dinasihatkan menggunakan ubat titik untuk lembutkan tahi telinga dahulu sebelum datang untuk prosedur microsuction earwax/cuci telinga ini.
Untuk kanak-kanak boleh ke?
Boleh sekiranya kanak-kanak itu boleh memberi kerjasama dan mendengar arahan doktor semasa prosedur, jika tidak mungkin iba bapa perlu mententeramkan anak mereka semasa porosedur.
Kalau telinga rasa tersumbat disebabkan oleh resdung ada rawatan tak?
Ada. Untuk kes seperti ini, doktor kami akan menerangkan kaedah rawatan lain yang sesuai untuk anda. Kebiasaannya masalah seperti ini tidak melibatkan tahi telinga yang tersumbat.
Apa Kata Mereka?
“A very good service.. Had a ear cleaning today. Fast and efficient..No hassle..”
Tony MarkFrom Facebook Reviews