Tahukah Anda?

Luka dalam bidang perubatan terbahagi kepada beberapa klasifikasi. Jika klasifikasi masa, luka di terbahagi kepada luka akut, luka kronik dan luka tidak sembuh (2-4 minggu).

Luka kronik sering dinama luka ulser kerana luka yang lambat sembuh dari masa sepatutnya dan disebabkan masalah penyakit lain.

Dari Klasifikasi Menurut Punca Luka Adalah Seperti Berikut:

⦁ Luka trauma
⦁ Luka pembedahan
⦁ Luka terbakar (Burn wound)
⦁ Luka tekanan (Pressure ulcer)
⦁ Vasculitis Ulcer
⦁ Luka kanser (malignant ulcer)
⦁ Luka kencing manis (Diabetic Ulcer)
⦁ Arterial Ulcer
⦁ Venous Ulcer
⦁ Neuropahtic Ulcer

Luka Kencing Manis Antara Luka Paling Sering Terjadi Pada Rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang menghidap menyakit kencing manis (diabetes), luka walaupun kecil pasti akan menghantui pesakit sepanjang malam. Mana tidaknya, kalau tidak dirawat atau dijaga dengan baik silap-silap kena potong anggota badan!

Sekali dah dapat luka, mesti susah nak sembuh kan?

Antaranya penyebab lambat sembuh:

⦁ Kandungan gula yang tinggi dalam badan (mengganggu system metabolisma).
⦁ Gula adalah makanan yang disukai oleh bacteria!
⦁ Menggangu fungsi system saraf.
⦁ Melemahkan imunisasi / antibody dalam badan.
⦁ Kandungan gula yang tinggi dalam badan boleh merosakkan sel darah putih.
⦁ Membuatkan aliran darah menjadi tidak lancar.

Prinsip Asas Untuk Pengurusan Luka Akut Atau Kecederaan:

Haemostasis

Apabila berlaku luka dan berdarah perkara asas yang perlu dilakukan adalah memberhetikan darah tersebut dengan menekan luka dengan kain atau gauze yang bersih.

Membersihkan Luka

Membersihkan luka dengan air yang bersih dan membuang kotoran sekitar luka jika ada.

Analgesia (Ubat Tahan Sakit)

Pengambilan ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit. Ubat tahan sakit yang paling mudah didapati adalah paracetamol atau Panadol. Pastikan anda mendapatkan nasihat doctor jika perlu ubat-ubatan tahan sakit yang lebih kuat.

Penutupan / Jahitan Kulit Jika Perlu

Jahitan pada luka perlu dilakukan jika luka sangat besar dan pendarahan tidak perhenti. Oleh itu penilaian doctor sangat diperlukan.

Balutan (Dressing)

Balutan yang bersih perlu diperhatikan untuk menjamin kesembuhan luka dan mengelak jangkitan kuman. Luka yang kotor mungkin akan memerlukan pertimbangan dari doctor untuk pengambilan antibiotic.

Apa Kata Mereka?

“Sangat disyorkan, Dr dan staf di sini peramah dan sangat berpengalaman dgn harga rawatan yang sangat berpatutan.. Datang kesini untuk rawatan laceration wound dan service yang terbaik👍👍👍👍”

Hadi OthmanFrom Google Reviews

Jom buat temujanji bersama doktor kami dan legakan kesakitan anda