Skip to main content

Dalam kebanyakan penyakit, kita boleh bahagikan kepada akut (acute) dan kronik dimana akut berlaku secara tiba-tiba. Manakala kronik pula telah wujud dalam tempoh yang lama. Macam mana nak hilangkan sakit lutut dengan cepat?

Tapi ada juga penyakit kronik yang mempamerkan gejala atau tanda-tanda sakit akut contohnya berlaku keradangan pada lutut.

Antara gejala biasa sakit lutut adalah;

  • lutut menjadi bengkak dan kemerah-merahan
  • rasa panas atau suam dibahagian yang terjejas
  • rasa sakit bila gerakkan lutut

Untuk melegakan keadaan ini dengan cepat sementara mendapatkan rawatan selanjutnya, anda boleh amalkan rawatan berikut.

RICE (rest, ice, compression, elevation)

Kaedah rawatan ini sangat sinonim dengan kecederaan atau sakit sendi yang bersifat akut (acute pain). Rawatan awal ini  perlu dilakukan untuk melegakan sakit lutut sementara mengenalpasti punca sakit sendi yang sebenar dan kaedah rawatan selanjutnya.

Akronim RICE terdiri daripada ;

  • RestAnda perlu rehatkan kaki daripada segala aktiviti untuk mengurangkan pergerakan. Ini bagi mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan punca sakit lutut tu makin melarat.
  • IceAnda digalakkan untuk tuap ais pada 48-72 jam pertama anda alami sakit lutut atau sakit sendi. Letakkan pek ais selama 15-20 minit pada bahagian sendi yang sakit, 3-4 kali sehari. Kaedah ini berkesan untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.
  • CompressionBalut dengan menggunakan elastic bandage pada bahagian sendi atau lutut yang sakit. Kaedah ini dapat mengurangkan bengkak dengan tekanan pada balutan tersebut tapi pastikan jangan terlalu ketat.
  • ElevationKaki dimana lutut anda sakit tu boleh ditinggikan dengan menggunakan bantal untuk bagi lutut anda rehat dan kurangkan tekanan pada sendi yang sakit tu.

Awas jika sakit lutut ini ketika muda, kerana ia akan menyukarkan keadaan di masa akan datang

Jika kesakitan yang dialami masih tidak surut dan makin menjadi-jadi, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk tahu punca sakit lutut lebih mendalam.

Dapatkan Pendapat Pakar

Untuk mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah lutut anda, tempah temu janji dengan doktor ortopedik di klinik Amal Medik terdekat.

Kami menawarkan perkhidmatan perubatan yang komprehensif, termasuk pemeriksaan dan rawatan untuk pelbagai masalah sendi dan tulang.

Dengan doktor berpengalaman dan kemudahan moden, kami akan memastikan anda menerima diagnosis yang tepat dan pelan rawatan yang sesuai.

Hubungi kami hari ini untuk jadualkan temujanji anda dan mulakan perjalanan pemulihan anda.