fbpx Skip to main content

Muda-muda lagi dah sakit lutut. Jaga-jaga kalau tak rawat cepat sebab lutut ni banyak fungsinya. Jika tak rawat dengan betul, belum sampai masanya, kita dah tak boleh bergerak kemana-mana disebabkan sakit lutut yang kronik.

Sakit lutut diusia muda adalah perkara biasa kerana fitrah orang muda itu sendiri yang lasak dan sukakan aktivit yang berisiko.

Berikut adalah punca sakit lutut diusia muda. Kenalpasti punca sakit lutut yang mana satu, kemudian dapatkan rawatan yang betul.

#1 Ligamen otot terkoyak (ligament cruciate tear)

acl-tear

Sumber : Medline Plus

Ligamen dibahagian depan lutut dipanggil ligamen cruciate anterior (ACL). ACL yang terkoyak biasanya berlaku disebabkan kecederaan sukan. Akibatnya pesakit akan berhenti secara tiba-tiba . Pesakit juga biasanya mengadu terdengar bunyi atau rasa letup ‘pop’ bila kecederaan ini berlaku.

punca-sakit-lutut-pcl

Manakala ligamen cruciate posterior (PCL) yang berada dibahagian belakang lutut dan lebih kuat hanya akan koyak bila berlakunya kecederaan yang berimpak tinggi. Contohnya penumpang kereta yang kemalangan, terutama yang duduk dibahagian depan. Lutut yang menghentam dashboard kereta berpotensi mengoyakkan PCL.

 

#2 Kecederaan Meniscal 

Meniscal adalah tulang rawan yang bertindak sebagai kusyen dalam lutut kita supaya dapat stabilkan dan elakkan tulang-tulang sendi daripada bergesel.

Sepertimana kecederaan ACL, kecederaan meniscal juga kerap berlaku kepada atlet yang aktif dalam sukan. Risiko kecederaan ini boleh meningkat seiring dengan peningkatan umur kerana lama-kelamaan meniscal boleh haus.

Meniscal atau tulang rawan yang cedera akan pecah dan terperangkap dalam cecair sendi lutut. Akibatnya, pesakit akan terasa lutut seperti terkunci dan sangat sakit bila cuba untuk membengkokkan lutut.

punca-sakit-lutut-meniscus-tear

Sumber : Gleneagles Hospital

#3 Sprain

Lutut terseliuh berlaku apabila ligamen yang berada pada sendi digunakan lebih daripada kemampuan. Contohnya bagi mereka yang tidak panaskan badan sebelum bersukan. Ini menyebabkan otot dan ligamen anda terkejut dengan aktiviti yang berlebihan daripada biasa.

 

#4 Kneecap dislocation

Kneecap yang dimaksudkan disini adalah tulang patella yang menutup kepala lutut. Secara normalnya, tulang ini bergerak atas bawah sahaja apabila lutut diluruskan atau dibengkokkan.

punca-sakit-lutut

Dislokasi berlaku apabila patella terkeluar ke tepi dari landasan asalnya. Bila hal ini berlaku, fungsi lutut yang normal tidak boleh dilakukan.

Rawatan sakit lutut

Anda boleh baca artikel berikut untuk pilihan rawatan yang ada : Cara Merawat & Hilangkan Sakit Lutut, Mengikut Kaedah Tradisional & Medikal.

Untuk kes atau situasi yang dinyatakan diatas, kebanyakannya adalah bersifat kecemasan dimana rawatan segera diperlukan. Oleh itu, sila pergi ke bahagian kecemasan hospital atau anda boleh bertanya dengan barisan doktor kami dengan KLIK DISINI.