Terseliuh atau terpeleot adalah kecederaan biasa yang berlaku apabila ligamen (tisu penghubung yang menyambungkan tulang di sendi) tertarik atau terkoyak di bahagian buku lali, pergelangan tangan, lutut atau ibu jari.
Ia biasanya berlaku akibat pergerakan tiba-tiba atau kecederaan ketika bersukan, berjalan di permukaan tidak rata, atau terjatuh.
Walaupun sering dianggap remeh, terseliuh yang tidak dirawat dengan betul boleh membawa kepada komplikasi jangka panjang seperti ketidakstabilan sendi.
Artikel ini akan membincangkan punca, rawatan segera, dan langkah pencegahan untuk mengelakkan kecederaan terseliuh.
Menurut NIH (National Library of Medicine) tentang buku lali (ankle injury) ,
- Wanita ada risiko 2 kali ganda untuk terseliuh berbanding lelaki
- Risiko untuk sakit buku lali menurun berbanding kanak-kanak dan dewasa
- Terseliuh adalah sakit yang paling kerap berlaku
Table of Contents
Punca Terseliuh
Terseliuh boleh berlaku di mana-mana sendi, tetapi ia paling kerap terjadi di:
- Pergelangan Kaki
- Berpusing atau tergelincir ketika berjalan atau berlari.
- Termasuk longkang
- Pergelangan Tangan
- Terdarat dengan tangan ketika cuba menahan jatuh.
- Menarik dengan menyentap secara kuat dan cepat
- Lutut
- Berpusing secara tiba-tiba ketika bermain sukan.
- Terpusing ketika jalan licin
- Ibu Jari (tangan atau kaki)
- Tekanan kuat akibat aktiviti seperti menangkap bola.
- Tersepak atau tersadung pada perabot
- Teknik salah menyepak bola
Faktor utama yang menyumbang kepada terseliuh termasuk:
- Kurang pemanasan sebelum bersukan.
- Permukaan licin atau tidak rata.
- Otot dan ligamen yang lemah atau kurang fleksibel.
3 Perkara Anda Harus Buat Bila Berlaku Terseliuh
1. Gunakan Teknik RICE
Rest, Ice, Compression, Elevate. Gunakan dalam tempoh masa 24 jam pertama, dan teruskan sehingga seminggu. Lebih detail seperti post di bawah. Paling penting adalah rehat dan elakkan sakit berlarutan. Jika ia berlarutan melebihi satu minggu, terus ke langkah no 3.
2. Membuat pergerakan Kecil
Cuba anda gerakkan anggota badan yang sakit tanpa bantuan orang lain secara perlahan-lahan. Adakah sakit semakin menjadi atau kesakitan itu sama sahaja?
Jika sakit semakin serius apabila digerakkan, terus jumpa doctor untuk dapatkan pendapat pakar.
Jika sama, anda mungkin mengalami sakit Gred 1 (seperti dibawah). Terus melakukan pergerakan ini secara perlahan-lahan dalam 5 minit, 2-3 kali sehari. Pergerakkan ini akan meningkatkan saluran darah yang membawa oxygen kepada tempat sakit.
3. Berjumpa Doctor – Dapatkan X Ray
Ya, X-Ray akan menelan belanja. Namun tanpa X-Ray anda seperti membawa kereta sambil menutup mata. Beranikan anda memandu sedemikian?
Kadar Kecemasan Apabila Terseliuh
Jadual di bawah diambil dari Harvard
Kecemasan | Kerosakan Ligamen | Tanda Sakit | Masa Diperlukan |
Gred 1 | Ligamen tertarik, tidak koyak | Sakit sedikit, bengkak dan sakit bila ditekan. Tidak lebam dan boleh berjalan atau mengangkat berat 2-3 kilo | 1–3 minggu |
Gred 2 | Ligamen terkoyak sedikit | Kesakitan tahap sederhana, bengkak, dan sakit apabila ditekan. Mungkin bengkak dan lebam (biru). Susah untuk berdiri, atau senget apabila berdiri. Tidak boleh memusingkan kaki dan pergerakkan tersangkut. Sakit apabila berjalan | 3–6 minggu |
Gred 3 | Koyak Penuh | Sakit maximum. Bengkak dan lebam. Sakit apabila ditekan dan digerakkan. Tidak boleh berjalan | Beberapa bulan |
Rawatan Segera untuk Terseliuh (Kaedah R.I.C.E.)
Rawatan terseliuh yang cepat dan betul boleh mempercepatkan proses pemulihan. Ikuti kaedah R.I.C.E. berikut:
- Rest (Rehat)
- Hentikan aktiviti yang boleh memburukkan keadaan sendi.
- Elakkan meletakkan beban pada kawasan yang tercedera.
- Ice (Ais)
- Letakkan ais yang dibalut dengan kain pada kawasan terseliuh selama 15-20 minit setiap 2-3 jam.
- Ini dapat mengurangkan bengkak dan keradangan.
- Compression (Mampatan)
- Balut kawasan terseliuh dengan pembalut elastik.
- Jangan balut terlalu ketat sehingga menghalang peredaran darah.
- Elevation (Tinggikan)
- Angkat kawasan yang terseliuh lebih tinggi daripada paras jantung untuk mengurangkan bengkak.
Jika kesakitan berlanjutan atau sendi terasa longgar, segera dapatkan rawatan daripada doktor atau fisioterapi.
Rawatan Susulan
- X-Ray
- Dapatkan Xray dulu bagi memastikan ini bukan masalah tulang patah atau retak. Sekiranya retak, mengurut atau fisioterapi akan memburukkan lagi keadaaan.
- Fisioterapi
- Bertujuan untuk menguatkan semula otot dan ligamen.
- Membantu memulihkan mobiliti dan kestabilan sendi.
- Penggunaan Peralatan Sokongan
- Seperti pelindung sendi atau kasut khas untuk mengelakkan kecederaan berulang.
- Ubat-ubatan
- Doktor mungkin akan memberikan ubat anti-radang untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Cara Mencegah Terseliuh
- Pemanasan Sebelum Aktiviti Fizikal
- Pastikan otot dan sendi bersedia sebelum melakukan senaman atau aktiviti berat.
- Ramai yang mengelak pemanasan badan sebelum bersukan. Ini akan menyebabkan otot yang sejuk menerima kejutan mendadak.
- Gunakan Kasut yang Sesuai
- Kasut yang selesa dan mempunyai sokongan yang baik dapat mengelakkan kecederaan, terutamanya ketika berjalan di permukaan tidak rata.
- Perbaiki Teknik Sukan
- Belajar teknik yang betul untuk mengelakkan pergerakan yang boleh membahayakan sendi.
- Kekalkan Kekuatan dan Fleksibiliti Otot
- Lakukan senaman regangan dan kekuatan secara berkala untuk menguatkan otot dan ligamen.
- Berhati-hati di Permukaan Licin
- Elakkan tergelincir dengan memakai kasut yang mempunyai cengkaman baik.
Kesimpulan
Terseliuh mungkin kelihatan seperti kecederaan ringan, tetapi ia memerlukan perhatian yang serius untuk memastikan pemulihan sepenuhnya.
Dengan rawatan segera, penjagaan yang betul, dan langkah pencegahan, anda boleh mengurangkan risiko komplikasi dan terus menjalani kehidupan aktif tanpa gangguan.
Jika anda mengalami terseliuh yang teruk atau berulang, berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat!
Artikle ini disunting oleh Dr. Mohamad Luqman Al-Hakim Fahmin dari Amal Medik cawangan Saujana Putra.
Dr Luqman lebih dikenali sebagai Dr Luqmey, berasal dari Kelantan dan mendapat pelajaran MBS dari Mesir