Skip to main content

Sakit belakang merupakan masalah biasa yang dialami oleh ramai orang, tidak kira umur. Masalah ini sering dikaitkan dengan postur badan yang salah, gaya hidup tidak aktif, atau tekanan pada otot.

Sebelum kita buka cerita pasal cara hilangkan sakit belakang, kita perlu kenal pasti.

  1. Sakit macam mana? Pedih, tajam, rasa ditarik, kebas.
  2. Bagaimana sakit tu berlaku? Bila bergerak, setiap masa atau
  3. Siapa pesakit? Adakah Perempuan, Mengandung, Anak-anak, Lelaki Dewasa
  4. Bagaimana terjadi? Angkat benda berat, baru bangun tidur, kerja depan komputer setiap masa

Dah kenal pasti masalah, barulah kita boleh rawat sakit belakang dengan segera.

Kebanyakan masalah sakit belakang adalah normal dan berpunca dari otot yang menarik tulang belakang menekan saraf (nerve).

Tips hilangkan sakit belakang berikut boleh hilangkan sakit belakang dengan segera. Jika sakit berlarutan, ada baik jumpa pakar sakit belakang.

1. Senaman dan Regangan

Kadangkala hanya dengan regangan sudah boleh mereleasekan sakit belakang.

cara hilangkan sakit belakang, child pose
Child Pose untuk sakit belakang
cara hilangkan sakit belakang, cat cow stretch
Cat Cow Stretch

Regangan Sederhana: Buat regangan otot seperti child’s pose atau cat-cow stretch untuk meregangkan tulang belakang. Buat stretching ini selama 3-5 minit, mudahan boleh reset otot di bahagian belakang.

Latihan Pengukuhan: Fokus pada menguatkan otot teras (core muscles) untuk menyokong tulang belakang apabila sakit dah hilang separa atau sepenuhnya. Contoh senaman termasuk plank atau senaman perut ringan.

Berjalan Kaki: Aktiviti berjalan dapat membantu meningkatkan aliran darah ke kawasan belakang, mempercepatkan proses pemulihan. Cubalah jalan kaki sekitar 15 – 30 minit sehari.

2. Perbaiki Postur Badan

Elakkan Membongkok: Duduk dengan lurus dan gunakan kerusi ergonomik jika anda bekerja di pejabat. Sebenarnya semua posisi ini boleh, cuma jangan duduk terlalu lama dalam satu posisi. Cuba berjalan setiap 45 minit bekerja.

Sokong Punggung Bawah: Gunakan bantal kecil untuk menyokong lengkungan semula jadi tulang belakang semasa duduk lama.

3. Rawatan Rumah

Kompres Panas atau Sejuk:

  • Gunakan pek ais untuk mengurangkan keradangan selepas kecederaan. Elakkan pek ais setelah 3 hari ke atas lepas kecederaan.
  • Gunakan pek panas untuk melegakan otot tegang.

Urutan Ringan: Urut menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun untuk meningkatkan peredaran darah di kawasan belakang. Tak perlu urut kuat-kuat kerana ini mungkin boleh mengakibatkan micro muscle tear. Usap atau urut perlahan-lahan asalkan peredaran darah.

4. Tukar Tilam atau Bantal

Tilam yang Sesuai: Pastikan anda tidur di atas tilam sederhana keras untuk menyokong tulang belakang dengan baik. Sebaiknya cuba gerakkan

Bantal Ergonomik: Gunakan bantal yang menjaga penjajaran leher dan tulang belakang.

5. Pengambilan Ubat, Sapu dan Plaster

Ubat Penahan Sakit: Ambil ibuprofen atau paracetamol jika sakit belakang terlalu mengganggu. Namun, rujuk doktor sebelum pengambilan.

Ubat Sapu: Ubat sapu seperti Tiger balm, Deep heat yang mengandungi Camphor (pemanas) Menthol (penyejuk kemudian panas) sesuai digunakan. Bagi mengurangkan kesakitan.

Plaster Koyok: Gunakan plaster koyok jika anda tidak mahu bau yang tajam atau melekat bau pada baju.

6. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Kawal Berat Badan: Berat badan berlebihan memberi tekanan tambahan pada tulang belakang. Kurangkan makanan bergula, portion makanan, dan air soda berkarbonat.

Kurangkan Tekanan: Tekanan boleh menyebabkan otot belakang menjadi tegang. Amalkan pernafasan dalam, meditasi, atau yoga untuk mengurangkan stres.

7. Bila Perlu Berjumpa Doktor

@poliklinikamalmedikhq

Rawatan PEMF untuk Sakit Belakang! 💆‍♂️✨ Dapatkan kelegaan segera dengan hanya RM69 per sesi! 😱 Jangan biarkan sakit belakang mengganggu aktiviti harian anda! Hubungi mana² cawangan Amalmedik untuk membuat temujanji harini🚀🧲 #PEMF #RawatanSakitBelakang #sakitbelakang #backpainrelief #PromosiKhas #terapielektromagnetik #amalmedik #poliklinikamalmedik

♬ original sound – poliklinikamalmedikhq – poliklinikamalmedikhq
  • Jika sakit belakang berterusan lebih daripada dua minggu.
  • Jika terdapat simptom seperti kebas lengan, lemah pada kaki, masalah kawalan pundi kencing, sakit kepala

Sakit belakang boleh diatasi dengan penjagaan yang betul dan perubahan gaya hidup. Sekiranya masalah berlanjutan, segera dapatkan nasihat pakar untuk rawatan lanjut.

Dapatkan Pendapat Pakar Belakang

Untuk mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah sakit belakang anda, tempah temu janji dengan doktor ortopedik di klinik Amal Medik terdekat.

Kami menawarkan perkhidmatan perubatan yang komprehensif, termasuk pemeriksaan dan rawatan untuk pelbagai masalah sendi dan tulang.

Dengan doktor berpengalaman dan kemudahan moden, kami akan memastikan anda menerima diagnosis yang tepat dan pelan rawatan yang sesuai.

Hubungi kami hari ini untuk jadualkan temujanji anda dan mulakan perjalanan pemulihan anda.