fbpx Skip to main content

 

SAKIT LUTUT? APA PUNCANYA?

 

Tidak dapat dinafikan, apabila meningkat usia, lutut akan mengalami kehausan dan kita akan mula berasa sakit pada bahagian sendi tersebut. Namun, adakah semua sakit lutut disebabkan oleh penuaan?

Sakit lutut adalah keluhan biasa dalam kalangan orang dewasa dan sering dikaitkan dengan kehausan hasil dari aktiviti harian seperti berjalan, berlari atau berdiri lama. Atlet sukan yang melibatkan lompatan atau larian juga cenderung untuk mengalami masalah sendi lutut.  Sama ada sakit lutut disebabkan oleh penuaan atau kecederaan, ia boleh mengganggu kualiti hidup seseorang dan menjadi halangan dalam beberapa keadaan.

 

Selain penuaan, masalah lutut yang biasa terjadi adalah ;

  • Ketegangan ligamen lutut atau otot terseliuh. Ligamen lutut atau otot yang terseliuh biasanya disebabkan oleh pukulan ke lutut atau pergerakan lutut secara tiba-tiba. Pesakit akan merasai kesakitan, bengkak, dan kesukaran berjalan selepas tercedera.

 

  • Rawan koyak. Kecederaan lutut boleh mengoyakkan menisci (tisu yang bertindak sebagai penyerap tekanan dan juga membantu meningkatkan kestabilan lutut). Kecederaan tulang rawan sering berlaku apabila lutut terseliuh. Kebiasaannya, doktor akan menasihatkan untuk memakai pendakap lutut semasa melakukan aktiviti untuk melindungi lutut dari kecederaan yang lebih teruk. Pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki rawan dan tisu yang koyak.

 

  • Keradangan tendon. Tendon adalah tisu penghubung yang melekatkan otot ke tulang. Radang tendon boleh berlaku akibat penggunaan lutut yang berlebihan semasa aktiviti seperti berlari, melompat, atau berbasikal. Antara yang biasa terjadi adalah jumper’s knee, radang tendon di bahagian hadapan lutut.Ia sering berlaku dengan sukan seperti bola keranjang, di mana pemain menghentak tanah selepas melompat dan memberi tekanan kepada tendon.

 

  • Arthritis atau radang sendi. Osteoartritis adalah jenis radang yang paling biasa terjadi kepada lutut. Osteoartritis adalah proses degeneratif atau kemerosotan tulang rawan pada sendi hilang secara beransur-ansur. Ia sering terjadi kepada orang tua. Osteoartritis mungkin disebabkan oleh tekanan berlebihan pada sendi seperti kecederaan berulang atau berat badan berlebihan. Rheumatoid arthritis juga merupakan jenis radang yang selalu terjadi. Rheumatoid arthritis dihidapi oleh pada usia lebih awal daripada osteoartritis.

 

Knee Osteoarthritis - Recon - Orthobullets

Perbandingan sendi lutut normal dan lutut yang mengalami osteoarthritis

Selain dari deskripsi dari pesakit dan ujian fizikal yang teliti, doktor akan melakukan ujian lain untuk memastikan diagnosa yang tepat termasuk xray, ultrasound, pengimejan resonans magnetik (MRI) atau imbasan tomografi terkomputer (juga disebut imbasan CT atau CAT)

 

Selepas pemeriksaan yang teliti dan diagnosa yang tepat,doktor akan mencadangkan rawatan berdasarkan keadaan yang menyebabkan kesakitan pesakit. Ini mungkin termasuk fisioterapi, ubat untuk mengurangkan kesakitan, suntikan atau pembedahan.

Role of Physiotherapy in Knee Arthroscopy — Medipulse: Best Private Hospital in Jodhpur

Contoh senaman/exercise untuk masalah sakit lutut

 

The Korean Journal of Internal Medicine

Rawatan Suntikan Lutut Menggunakan ‘Ultrasound Guidance’

 

What is Total Knee Replacement Surgery?

Rawatan Pembedahan ‘Total Knee Replacement’ 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca sakit lutut dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Namun dengan diagnosa dan rawatan yang tepat, sakit lutut dapat dikurangkan, dielak atau dirawat dengan berkesan.