fbpx Skip to main content

Berikut adalah 5 penyakit yang biasa menyebabkan tapak kaki anda sakit:

#1 Plantar fasciitis

Ia adalah radang yang terjadi di bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki di tapak kaki. Selalunya, tapak kaki akan berasa sangat sakit ketika berdiri selepas bangun dari tidur.

#2 Heel Spur

Ia adalah lebihan tulang yang tumbuh secara tidak normal di bahagian bawah tumit. Lebihan tulang tersebut akan membuatkan tapak kaki terasa sakit ketika berjalan atau berdiri. Sesiapa yang mempunyai tapak kaki yang rata cenderung untuk mempunyai ‘heel spur’ yang menyakitkan.

#3 Patah tulang tumit

Hal ini disebabkan oleh kecederaan dengan impak yang tinggi seperti jatuh daripada tempat yang tinggi atau kemalangan kereta. Tulang di bahagian tumit bukan sahaja patah malah ia boleh berkecai. Sakit, lebam, bengkak dan tidak dapat berjalan adalah simptom-simptom yang utama.

#4 Gout

Kristal gout telah terkumpul di sendi-sendi jari kaki, kebiasaannya ibu jari. Ini menyebabkan sakit yang teruk dan bengkak. Kebiasaannya pesakit mempunyai tabiat mengambil makanan yang tinggi purine seperti makanan laut.

#5 Bunion

Ia adalah benjolan di pangkal ibu jari kaki.Ia terjadi kerana masalah berkaitan dengan sendi bagi ibu jari kaki dan selalunya terdapat dalam kalangan warga tua. Kasut yang tidak selesa dan kasut tumit tinggi boleh menjadi salah satu puncanya.

Untuk info lanjut dan lebih lengkap, anda boleh rujuk artikel kami ini : Sakit Tapak Kaki Mencucuk-cucuk? Kenalpasti Punca & Cara Rawat .