Sakit Lutut

"Lutut saya sakit bahagian tepi la doktor. Kenapa ya?"
"Lutut saya berbunyi la doktor bila bengkok kaki."
"Cecair lutut saya dah hilang ke?"
"Lutut bengkak dan panas dah sebulan tak hilang-hilang."
"Sakit sangat kalau berjalan."

Sakit pada struktur lutut

Sakit pada lutut berpunca pada struktur dibahagian lutut itu sendiri sama ada, ligament, tisu rawan, tulang, tendon atau otot disekelilingnya.

Punca sakit sendi lutut

Sakit lutut boleh berpunca daripada kecederaan yang berlaku pada lutut, masalah mekanikal dan beberapa jenis masalah keradangan sendi.

punca-sakit-lutut

Berikut adalah antara contoh punca sakit pada lutut yang biasa terjadi.

sakit-lutut

Kecederaan Lutut

Kecederaan pada lutut boleh berlaku sewaktu melakukan aktiviti sukan atau disebabkan oleh kemalangan. Lutut yang mengalami kecederaan boleh menyebabkan kerosakan pada ligamen, tendon dan bursae yang berada pada sendi tersebut.

punca-sakit-lutut

Kecederaan Anterior

Anterior cruciate ligament merupakan salah satu ligamen yang menyambungkan tulang peha kepada tulang betis. Kecederaan ACL sering terjadi ketika aktiviti sukan yang mana ia akan menyebabkan lutut menjadi tidak stabil.

punca-sakit-lutut

Tulang Patah / Retak

Tulang lutut termasuk juga tempurung lutut boleh mengalami keretakan ketika berlakunya kemalangan jalan raya.

sakit-lutut

Koyakan Tisu Meniscus

Tisu meniscus adalah tisu rawan yang terletak dalam sendi lutut yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan sendi. Tisu ini juga boleh mengalami koyakkan ketika melakukan aktiviti sukan.

Keradangan Tendon

Tendon merupakan tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Mereka yang terlibat dengan sukan seperti larian, berbasikal dan melompat biasanya akan memberikan tekanan yang lebih kepada tendon tersebut. Kesannya, ia boleh menyebabkan tendon ini mengalami keradangan dan juga memberikan kesakitan pada lutut.

Osteoarthritis

Mereka yang sudah berumur selalu mengalami keradangan sendi osteoarthritis. Disebabkan faktor usia yang semakin meningkat, cecair lutut (synovial) akan menjadi semakin berkurangan dan tisu rawan pada lutut juga semakin terhakis.
Geseran tulang bersama-sama dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan kerosakkan di kawasan tersebut. Akibatnya, lutut akan mengalami keradangan yang akhirnya membawa kepada kesakitan.

Rheumatoid Arthritis

Ia adalah radang yang bersifat autoimun sering terjadi pada sendi-sendi kecil terutama jari tangan dan jari kaki. Tidak menutup kemungkinan juga, sendi-sendi besar juga diserang rheumatoid arthritis seperti sendi lutut atau sendi bahu.

Gout

Gaout adalah radang sendi yang biasa terjadi pada sendi kaki. Tetapi ada sebahagian kes ia juga terjadi pada sendi lutut. Ia bergantung kepada jumlh asid urik dalam darah yang mudah dikawal dengan ubat-ubatan atau modifikasi cara pemakanan.

Septic Arthritis

Disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sendi sama ada jangkitan disebabkan kuman atau kulat. Kebiasaan jangkitan kuman terjadi pada pesakit yang mempunyai imun badan rendah seperti pesakit diabetes atau pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi.

Jadi, apa nak buat?

Apa pilihan untuk rawatan terbaik sakit lutut?

cara-hilangkan-sakit-lutut

Fisioterapi

Fisioterapi dapat membantu untuk membetulkan struktur lantas mengurangkan sakit lutut. Akan tetapi, solusi yang terbaik adalah untuk merawat punca sakit lutut itu tersebut.

ubat-tangan-kebas

Ubat Atau Supplemen

Biasanya yang dijual di farmasi adalah ubat tahan sakit / ubat saraf / supplement yang ternyata dapat mengurangkan sakit lutut tetap tidak dapat mengubati sakit lutut.

ubat-sakit-lutut

Suntikan Gel

Menambah cecair lutut adalah solusi untuk mengurangkan sakit dan menangguhkan pembedahan tukar lutut (Total Knee Replacement) yang mengerikan. Suntikan tambah gel melindungi sendi lutut daripada terus rosak.

Jika sakit tidak berkurang, anda perlu rujuk doktor di klinik kami untuk mendapatkan pilihan rawatan yang diperlukan.

Jom datang berjumpa doktor kami untuk kenalpasti sakit yang dihadapi dan kaedah rawatan yang paling sesuai untuk anda.