fbpx Skip to main content

Vitamin D merupakan sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Vitamin ini membantu untuk penyerapan kalsium dan fosforus. Kandungan vitamin D yang mencukupi merawat dan melindungi masalah tulang seperti rakitis dan osteomalacia. Vitamin D terhasil apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari. Penggunaan krin pencegah sinar UV, kekurangan pendedahan terhadap matahari, kulit yang gelap dan umur memainkan peranan dalam tahap vitamin D dalam badan.

1

Vitamin D menguatkan tulang

Vitamin D menggalakkan penyerapan kalsium dari usus yang membenarkan proses mineralisasi tulang. Apabila digandingkan dengan kalsium, ia mampu mengelakkan osteoporosis, iaitu penyakit yang menjadikan tulang rapuh.
2

Vitamin D menguatkan otot

Selain daripada mengukuhkan tulang, vitamin D juga memainkan peranan dalam menguatkan sistem otot manusia. Otot yang lemah menyebabkan seseorang itu berisiko untuk jatuh. Ini sangat penting dalam kalangan warga emas yang terdedah kepada risiko ini.
3

Vitamin D menyokong sistem imun dan melawan keradangan

VItamin D berkait rapat dengan sistem imun badan lantas menghalang jangkitan bakteria dan virus. Kajian juga menyatakan kepentingan vitamin ini dalam mengurangkan risiko jangkitan terutamanya sistem pernafasan
4

Vitamin D mengelakkan kencing manis

Walaupun kajian masih berterusan, ada beberapa kajian menyatakan vitamin D boleh mengelakkan kecing manis. Vitamin D semata-mata tidak dapat mengawal paras gula dalam badan, tapi bila digandingkan dengan pengambilan kalsium dan vitamin D bersama-sama boleh menurunkan risiko kencing manis dengan berkesan.
5

Vitamin D boleh merawat darah tinggi

Dalam satu kajian, vitamin D memainkan peranan dalam rawatan darah tinggi yang seterusnya menjadi penanda penyakit kardiovaskular. Kekurangan vitamin D berkait rapat dalam tekanan darah yang tinggi dan memberi kesan terhadap kerosakan organ dalaman. Disebabkan kaitan ini, vitamin D boleh jadi rawatan terbaru dalam masalah tekanan darah tinggi.
6

Vitamin D boleh bantu kurangkan berat badan

Obesiti merupakan faktor risiko untuk kekurangan tahap vitamin D. Maka, semakin tinggi tahap vitamin D mampu membantu dalam pengurangan berat badan. Dalam satu kajian, wanita yang menghidapi obesiti yang mengambil supplemen kalsium dan vitamin D lebih berjaya dalam penurunan berat badan berbanding mereka yang mengambil supplemen plasebo kerana menghasilkan kesan mengurangkan selera makan.
7

VItamin D mengurangkan risiko kanser

Beberapa kajian telah menyatakn bahawa vitamin D berkesan dalam melawan kanser terutamanya kolorektal, payudara, prostat dan pankreas. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa populasi masyarakat yang tinggal di kawasan utara di mana kadar pendedahan terhadap cahaya matahari lebih tinggi mempunyai risiko penyakit kanser yang rendah. Selain itu, vitamin D mengurangkan pertumbuhan sel kanser dan sel darah dalam ketumbuhan.

Written by Dr Eliana Mastura