fbpx Skip to main content

Seorang lelaki Diabetik berusia 52 tahun mengadu sakit di telapak tangannya di pangkal jari manisnya, semasa keadaan jarinya membengkok dan beliau ingin meluruskan jari yang bengkok itu. Ia menghasilkan klik yang dapat didengar, dan sering memerlukan bantuan untuk meluruskan jari yang tersekat itu.

Pernahkah anda mendengar/menghadapi keadaan seperti ini?

TRIGGER FINGER, salah satu penyebab sakit tangan yang paling biasa berlaku dan ia menyebabkan kesakitan, kekejangan dan jari terkunci ketika keadaan jari bengkok dan ia ingin diluruskan.

Pesakit perlu manipulasi jari secara pasif yang lembut ke dalam bagi membolehkan ia meluruskan jarinya.

Punca kepada masalah Trigger Finger ini selalunya tidak diketahui atau tidak pasti. Namun kebiasaannya disebabkan oleh pembentukan nodul pada tendon, perubahan morfologi pada kantung tendon (pulley), atau kedua-duanya sekali dalam menyebabkan seseorang mendapat sakit Trigger Finger

Beberapa kajian menunjukkan kaitan antara Trigger Finger dan aktiviti yang memerlukan tekanan di telapak tangan. Pada masa yang sama, cengkaman kuat digunakan, atau yang melibatkan pergerakan jari dari bengkok ke lurus secara berulang-ulang (contohnya penggunaan gunting berat) juga antara asbab berlakunya keadaan ini.

Oleh sebab itu, sebagai kesimpulan, etiologi yang tepat tetap tidak diketahui, tetapi keadaan tertentu seperti Diabetis Mellitus atau Rheumathoid Arthritis boleh menyebabkan seseorang mendapat Trigger Finger

Trigger Finger agak biasa berlaku dua hingga enam kali lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Beberapa kajian juga mendapati Trigger Finger lebih kerap berlaku pada individu berusia 55-60 tahun.

Prognosis pada Trigger Finger sangat baik; kebanyakkan pesakit dirawat dengan menggunakan suntikan kortikosteroid. Beberapa kes Trigger Finger juga dapat diselesaikan secara exercise dan fisioterapi.

Dalam kes Trigger Finger yang rumit, pembedahan pelepasan pulley A1 (Trigger Finger Release) juga boleh dibuat sebagai ikhthiar rawatan terakhir. Ini hanyalah pembedahan kecil dan boleh dilakukan dengan bius setempat (Local anaesthesia)

Keberkesanan Rawatan Suntikan

Marks & Gunther melaporkan kadar kejayaan 84% dalam Suntikan Trigger Finger dan kadar kejayaan bertambah baik iaitu sebanyak 92% pada ibu jari dengan hanya satu suntikan triamcinolone (steroid).

Untuk makluman pesakit setelah suntikan diberikan, pesakit harus diberitahu untuk memerhatikan tanda-tanda dan gejala jangkitan dan pendarahan. Sebarang jangkitan atau pendarahan berlebihan harus segera dilaporkan kepada doktor.

Keberkesanan selepas mendapat rawatan suntikan dapat diperhatikan di tempat suntikan selama 2 – 4 hari untuk kortikosteroid mula memberi kesan terapeutik yang optimum sepenuhnya. Sekiranya terdapat kesakitan yang berlebihan selepas prosedur, pesakit harus menghubungi doktor yang melakukan suntikan.

Pesakit harus memahami bahawa kebas mungkin berlaku dihujung jari yang disuntik ,namun kebas itu akan hilang dalam beberapa jam selepas suntikan diberikan. Kebas yang ketara dan berterusan harus dilaporkan kepada doktor yang melakukan suntikan.

Untuk meminimumkan risiko “tendon rupture” setelah suntikan kortikosteroid, pesakit harus diberitahu bahawa selama beberapa minggu setelah suntikan, mereka harus mengelakkan penggunaan struktur yang disuntik untuk aktiviti yang terlalu berat atau kuat.

 

Sumber Rujukan

https://reference.medscape.com/

Trigger finger. Armstrong AD, Hubbard MC, eds. Essentials of Musculoskeletal Care. 5th ed. Rosemont, IL: American Academy of Orthopaedic Surgeons; 2015.

M R Marks, S F Gunther Efficacy of cortisone injection in the treatment of trigger fingers and thumbs.Journal of Hand Surgery 1989, 14 (4): 722-7

Schubert C, Hui-Chou HG, See AP, Deune EG. Corticosteroid injection therapy for trigger finger or thumb: a retrospective review of 577 digits. Hand (N Y). 2013 Dec. 8 (4):439-44.