fbpx Skip to main content

Sunat atau khatan bagi orang lelaki sudah menjadi kewajipan bagi mereka yang beragama Islam. Kebiasaannya khatan ini dilakukan sebelum mereka capai akil baligh.

Namun, ada juga ibu bapa yang mengkhatankan anak mereka semenjak dari bayi lagi.

Persoalannya, tak sakit ke bayi tu? Adakah terdapat perbezaan ketara antara sunat semasa bayi dengan ketika umur kanak-kanak?

 

Fakta menarik mengenai khatan

Khatan adalah satu prosedur pembuangan kulit kulup yang berada pada kepala zakar.

Tujuannya adalah kerana kulit kulup ini boleh menjadi punca jangkitan jika tidak dibersihkan dengan betul. Hal ini disebabkan kotoran daripada air kencing yang melekat pada kulit kulup tersebut.

Indahnya amalan khatan ni, sehinggakan bukan orang Islam sahaja yang amalkan. Malah, warganegara Amerika Syarikat juga mengamalkannya.

An estimated 58.3% of male newborns and 80.5% of males aged 14-59 years in the United States are circumcised.

Sumber: National Library of Medicine

Bilakah umur yang sesuai untuk khatan?

Sebenarnya tiada umur yang khusus untuk lakukan prosedur khatan ni. Dari bayi sehingga dewasa, semuanya boleh.

Hatta hadis yang mengatakan sunat pada umur 7 tahun tu pun adalah lemah.

Dalam amalan orang Melayu Islam, khatan ni biasanya dilakukan pada umur 6 tahun keatas kerana ketika umur ini mereka sudah diajar untuk solat. Jadi, amalan khatan ni penting untuk penjagaan kebersihan bagi memastikan solat itu sah.

Walaubagaimanapun, ramai ibu bapa yang memilih untuk sunatkan anak mereka ketika masih bayi lagi. Teruskan membaca bahagian bawah ini untuk tahu apakah kebaikan sunat bayi lelaki.

 

Kebaikan sunat bayi lelaki

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa terdapat kelebihannya bila lakukan prosedur khatan ni.

Yang paling nyata adalah dari segi kebersihan. Oleh itu, risiko jangkitan kuman akan berkurangan seperti :

  • jangkitan saluran kencing (urinary tract infection, UTI)
  • mengurangkan jangkitan pada kelenjar atau kepala zakar
  • dapat elakkan jangkitan pada kulit kulup
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit jangkitan kelamin (STD)

Anda pernah dengar kepala zakar ‘tercekik’? Situasi ini dipanggil sebagai phimosis dimana kulit kulup tidak boleh ditarik. Jadi, dengan pembuangan kulit kulup ini mampu mengatasi masalah ini.

Ramai ibu bapa memilih untuk sunatkan anak mereka semenjak dari bayi lagi kerana penjagaannya lebih mudah.

Di negara barat, jika mereka pilih untuk sunatkan anak mereka, prosedur itu perlu dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas lahir.

Jika anda memilih untuk sunatkan anda ketika masih bayi lagi, seeloknya sebelum mereka mula meniarap bagi mengelakkan luka prosedur terganggu.

Mudahnya sunat ketika bayi adalah dari segi penjagaan. Ini kerana bayi hanya minum susu ibu sahaja, jadi tiada masalah perlu pantang apa-apa makanan.

Tambahan, ibu bapa lebih mudah kawal bayi berbanding kanak-kanak. Sepertimana kita tahu, macam-macam ragam yang dihadapi bila kanak-kanak sunat.

Untuk sunat bayi lelaki, ibu bapa perlu menitik beratkan dari segi penjagaan bayi tersebut. Perkara ni kita akan bincangkan pada bahagian seterusnya.

 

Cara penjagaan selepas sunat bayi lelaki

Sunat bayi lelaki yang masih belum boleh meniarap adalah lebih mudah berbanding bayi yang sudah boleh buat banyak pergerakan.

1. Sendal bantal
Bagi bayi yang boleh meniarap, ibu bapa boleh letak atau sendal bantal pada sisi kiri kana bayi. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan bayi meniarap yang boleh menyebabkan sakit.

2. Elakkan bayi pakai seluar
Seterusnya, bayi yang baru sunat tidak digalakkan untuk pakai seluar. Oleh itu, ibu bapa perlu pakaikan stokin untuk bayi atau tutup dengan kakinya dengan kain bagi elak rasa sejuk.

3. Alas pelapik elak kencing bocor
Tambahan, ibu bapa perlu longgarkan sedikit diapers atau lampin. Namun, ada potensi air kencing bayi boleh bocor. Jadi, ibu bapa perlu alas dengan pelapik seperti urine mat/changing mat bagi mengelakkan tilam bayi basah.

4. Ubat-ubatan
Bila sunat di klinik, doktor akan gunakan local anaesthetic atau bius untuk bagi kebas. Selepas lebih kurang setengah jam, kesan bius akan hilang. Jadi ibu bapa perlu bagi ubat yang telah diberikan setiap 6 jam.

Klinik juga biasanya akan beri antiseptik untuk sapu kawasan luka bagi elakkan jangkitan kuman. Jangan guna tisu basah, cukup sekadar sapu antiseptik untuk bagi cepat kering.

5. Cara mandi dan pembersihan
Sepanjang tempoh penyembuhan, elak mandikan anak secara terus dengan air. Cukup sekadar lap badan dengan tuala basah. Untuk tukar lampin juga sama, elakkan guna air secara terus. Gunakan wet tissue pun sudah memadai.

 

Secara kesimpulannya, berkhatan ni memang banyak memberi manfaat pada anak anda. Dengan teknologi yang serba moden hari ni, ibu bapa tak perlu risau lagi. Sudah semestinya kaedah yang terkini akan memastikan rasa sakit tu kurang, jadi tiada isu lagi untuk khatankan si cilik anda.